image image image image image
Aku Datang   Karya-karya yang disajikan dalam antologi ini memilih subjek yang lebih Sirius, sama ada mengangkat permasalahan yang berlaku dalam negara mahupun persoalan yang lebih bersifat global. Persoalan perpaduan, budaya, tradisi, dan sejarah turut menjadi pilihan pengarang. Dengan nafas baharu, persoalan itu berupaya memberi manfaat kepada khalayak pembaca khususnya remaja.
Cerpen ‘Aku Datang’ yang dipilih sebagai judul antologi ini mengemukakan subjek penyempurnaan akhlak, iaitu tentang keinsafan manusia yang pernah sesat dan berjaya kembali semula ke pangkal jalan.
Res Judicata   Karya-karya dalam antologi ini memperlihatkan keberanian penulis generasi baharu meneroka dan memugar persoalan besar serta komplek dengan pandangan sejagat dan berideologi. Pengarang juga bijak mengeksploitasi isu semasa seperti peminggiran identiti nasional termasuklah bahasa, sosiobudaya, ekonomi dan politik dengan langgam bahasa yang ekspresif.
Karya-karya dalam antologi ini dipersembahkan secara berseni, mencuit naluri dan merangsang penaakulan pembaca
‘Res Judicata’ yang dipilih menjuduli antologi ini menghantar mesej perundangan yang disampaikan dengan teknik pengolahan yang segar dan pengisian mesej yang bercorak egalitarian – memperjuangkan keadilan bagi masyarakat.
Sms   Pertikaian demi pertikaian yang diutarakan oleh Fitrah cuba dijawabnya walaupun dia terbatas dalam perdebatan 160 aksara. Dia sendiri terdorong untuk berlaku cermat dengan bahasa yang menjadi perantara supaya makna yang terpampang dalam bentuk tulisan kaku itu sampai kepada Fitrah seperti sepatutnya. Sesungguhnya perdebatan di medan SMS amat menduganya.
Dapatkah Fitri menjawab pertikaian Fitrah dalam medan SMS yang amat terbatas itu?
Bumi Lestari   Hishamudin terpaku. Ikrar selagu, senada dengan sumpah Hippocrates sewaktu tamat belajar dahulu meladung rindu. Dia ikut Nullah mengembara meski destinasi tidak serupa.
Ulu Pelangi dan Sungai Gemawan yang kini tinggal nama; tetapi bekas penghuninya belum tinggal pusaka!
Bimasakti Menari   Ia bukannya tentang mahu menggerakkan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang memang sedia ada di sana. Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Pelik bukan? Sedikit cahaya pula menutup deria mata. Begitu Tuhan mencipta deria manusia dengan penuh keterbatasan agar manusia tidak leka dengan apa yang dapat dilihat oleh deria.
Dapatkah Nurul Hafsa membawa bintang-bintang itu kembali ke Kuala Selangor?

Malam Puisi Utusan di Melaka

JENAMA Malam Puisi Utusan tidak perlu diperkenalkan lagi. Ini kerana Malam Puisi Utusan sudah dilahirkan
lebih 15 tahun lalu dan kini menjadi acara tahunan sempena acara Anugerah Sastera Kumpulan Utusan - ExxonMobil (HSKU).
Malah Malam Puisi Utusan memperkenalkan konsep menggabungkan selebriti, tokoh korporat dan juga penyair pada satu pentas.

Malah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah mengambil bahagian apabila mendeklamasikan puisi Perjuangan Yang Belum Selesai di Matic, Jalan Ampang. Puisi itu ditulis sendiri oleh Dr. Mahathir yang menyingkap kekecewaan dan kebimbangan beliau terhadap kesedaran orang Melayu mendepani cabaran negara masa depan.

Read more: Malam Puisi Utusan di Melaka

 

Legasi 26 tahun Hadiah Sastera Kumpulan Utusan

TANPA sekali pun tergelincir daripada kelangsungannya, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) terus tekal mewarnai latar sastera tanah air sejak 26 tahun yang lalu.

Lebih membanggakan apabila ketekalan ini disokong oleh penglibatan langsung sektor korporat yang menjadi penaja utama seperti ExxonMobil Exploration & Production Malaysia Inc. yang menjadi penaja utama sejak 2001.

Komitmen berterusan dalam memartabatkan kesusasteraan tanah air diperlihatkan melalui ruang-ruang yang disediakan sebagai wadah penampung melalui majalah-majalah dan akhbar terbitan Kumpulan Utusan.

Tahun ini, HSKU yang menyambut kelahiran ke-26 dan akan diraikan dalam sambutan semangat 54 tahun kemerdekaan negara.

Tidak dinafikan ia menjadi satu keghairahan di kalangan penulis untuk mengetahui siapakah yang diangkat pemenang oleh panel juri.

Read more: Legasi 26 tahun Hadiah Sastera Kumpulan Utusan

   

Carian Penulis & Buku

Upcoming Events

  • HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN Ukuran Nilai Prestij Sayembara BUKAN kerana...
  • Berita MENJELANG JUBLEE PERAK HSKU Buat kesekian kalinya majlis penyampaian...

Capaian Lain